WAJAH YANG CANTIK BERSIH DAN MENYERLAH BERMULA DARI JIWA YANG TENANG DAN KESIHATAN YANG BAIK..
Tuesday, July 26, 2011
MEMBELI SAMBIL MENDERMA(HUSM)
jualan amal tabung kebajikan pesakit HUSM..kunjungi gerai kami di ruang legar pelawat di hospital HUSM kubang kerian. Berbelanjalah sambil beramal..pelbagai produk dengan potongan harga menarik menanti anda.dari 25.7.2011-29.07.2011
Friday, July 8, 2011
Tetamu tak diundang.
kesian pulak tengok,kurus kering,tak berhenti berbunyi..lapar agaknya,anak aku yang bongsu terus dokong dan membelai,padahal masa tu kami dah nk keluar,aku dan hubby nk hantar ain dan sarah ke asrama..sebelum si ain melepaskan si belang kelabu yang datang tak diundang ni sarah sempat berpesan ,mama tolong jangan halau kucing ni dan ain teru menambah",papa tolong beli makanan untuk dia ye"..aku dan hubby terdiam.. ini kisah dua minggu lepas, hari ni si belang kelabu dah cantik dan berisi..tapi ada masalah sikit..mulutnya ter berhenti mengieow..sakit telinga la plak..tapi budak2 berdua ni nmpaknya gembira dengan tetamu..tak diundang ini..siap perkenalkan pada pasangan en rabbit dan junior..
Sunday, July 3, 2011
puteri-puteriku dan ..
anak2 adalah pengubat hati, walau kadang2 kelakuan mereka membuat aku baran..biasalah bermain,bergurau,usik mengusik,menangis..aku selalu cuba ambil pendekatan positif,memujuk dan berlembut..aku slalu tekankan pd anak2 selalulah merendah diri dan menghormati yang lebih dewasa dan cuba beralah pada yang kecil. macam manapun masa hangin tetap ada, masa tu hubby aku akan redakan aku balik.hubby aku ni jenis cool. semua ibu sayangkan anak2 sehingga sanggup berkorban apa saja.namun sbg ibu perlu kita ingatkan diri dan anak2 kasih pertama hanya pada Allah sbt kasih kedua pada Rasullullah dan tempat ketiga adalah ibu dan bapa. dan setiap perbuatan harus didahulukan dengan nama Allah, tp kita sbg manusia sentisa terlupa.Insyallah aku akan berusaha tidak alpa dan sentiasa berdoa anak2 ku juga tidak lalai begitu juga dengan seluruh keluarga ku juga semua mislimin dan muslimat semoga kita semua dirahmati Allah sbt amin...
FUTSAL
main futsal..ni kali ke 2 aku main game ni..tu pun sb kena ganti zila..dia yang buat team tapi tak dapat main..sb salah info pasal jadual plawanan..aku sanggup jer walau tak trainning. Adik aku lak kena ganti c.bah sb dah salah urat mungkin over training kot.akhirnya sizila dpt datang lepas 2 game kta orang main. kami ni kalau pasal main boleh jer,tp nk cocern sgt tak boleh, aku ni kena berniaga tak niaga tak ada income..yang penting kami ada bsukan dan berpeluh..
jerawat dan parut jerawat..macam mana ni...?
kesan parut jerawat kt muka belum hilang tapi nk tanding nasyid..skali dah menang dan dpt mewakili daerah kami..runsing betul..si zila sarankan kami semua upah mak andam make up kami lagi pun dapat cover kulit wajah aku yg ada parut dan jerawat..nk harapkan aku nk cover dgn apa.. make up pun tak ada..ye lah sblum ni masa pakai HASHA elok je kulit aku pakai bedak baby je ..aku dah tekad nk pakai HASHA semula tp kata pengasas HASHA, aku kena cuci muka dengan bar kecantikan madu(sabun) dalam masa sminggu utk keluarkan apa2 kotoran atau kimia kesan dari kosmetik yg aku guna..lepas tu boleh guna krim malam..tp siang hari still boleh guna krim siang utk uv protection..Insyaallah beserta selawat dan tawakal pada ALLAH sbt kulit aku akan ok smula....tp nk tanding nasyid tpksa lah aku makeup tebal2 huhuhu..aku rasa bedak akulah paling tebal hari tu betul2 tak selesa....
NASYID..
Buat pertama kalinya aku sertai nasyid yang dianjurkan oleh AIM..kumpulan kami diberi nama Nur Hikmah .Mulanya aku dan kwn sbelah dalam kelas AIM hanya nk main2 jer sb kami bukan biasa pun..nyanyi kat toilet pun tak pernah..aku dan c.bah pakat kami ikut slow2 kt blakang kalau menang dapat hadiah...yerrr laa tu..tp sbliknya yg berlaku..alahhh kena blatih pulakkk..kami blatih kt tempat budak2 belajar dikir..cikgu kami pun tok joro dikir..adoiiii cikgu kata kena betul2 kluarkan suara..huhuhu sakit tekak dan kepala aku nk buat semua tu..dia kata keluarkan suara mcm marah anak2..aku mana ada teriak kuat2 kat anak..3 kali tegur kalau tak dengar aku terus cubit atau rotan kalau smapt capai rotan...susah jugak nasyid ni walau aku hanya pengikut kat blakang jerrrr...apa2 pun kump kami tetap teruskan pjuangan.
Tuesday, June 7, 2011
RISAU,RUNSING,SEDIH,KESAL,MARAH
Risau sungguh dengan kulit wajahku yg semakin teruk..tak tahu nk fikir.runsing bila fikirkan macam mana kalau tak sembuh.macam akal yg datang.oxy10,gel aloevera,pencuci anti jerawat,aku dah mati akal,semua orang tegur.aishah si kecil yg berumur 3 tahun pun selalu menegur..mama tak minum bird nest ke? kalau mahu jerawat hilang dan cantik mcm chah mama kena minum bird nest 5 kali sehari..itu kata2 ieshah setiap kali aku kerumah umi..sedih sebenarnya bila semua yg aku jumpa akan menegur..eh makin teruk..kenapa jd macam ni..tak pkai hasha ke? aku sgt kesal dan amat menyesal..inilah balasan kalau tak pernah dan tak reti bersyukur..nak marah siapa??? penjual yg jual kosmetik??? marah diri sendirilah sb aku tak pernah berpuas hati dengan apa yang dah ada..betul ke???
Monday, April 25, 2011
KONTRADIKSI bahan dlm kosmetik dn akibatnya
Alahai..nk berniaga punyer pasal..ada member suggest produk wajah yg lebih hebat dr aku dah guna..kalau lg bgus maksudnyer aku boleh pelbagaikan produk yang ada, bila nk jual kne lah aku test dulu..hihhi mmg hebat ni lah kesannyer,.ADOIIII makin cunnnn..nk buat mcm maner..dok diam2 kt umah je lah..nk g buat sale..hampeh org pasti lari...huhuhu
Saturday, April 23, 2011
SET KOSMETIK HASHA
Aku ni pengguna produk hasha sejak bulan febuari tahun lepas.aku cuba set ni sb masa tu aku tengah cari pduk yang simple tp mampu merawat kulit aku yg bjerawat dn kusam serta bminyak.aku try set trial ...masa tu.Alhamdulillah ada kesan,tp ada juga tindak balas. yang pastinya sangat simple utk org macam aku yg pmalas dn sentiasa nk cepat walau hakikatnya aku suka btangguh tangguh.
DIANA ..kenapa PESONA
tak ada org tanya pun..tapi aku saja nk cerita,tak per aku juga yg baca. Why pesona? masa aku msuk room ada depa tanya sb pkai kereta pesona ke?sbnarnya aku ambik words ni sb aku suka pesona.Pesona aku ni special dr pesona lain.Aku ambik pesona ni dah setahun lebih,lebih kuren awal tahun lepas.Kalau ikut aturan 2 x sehari 5ml setiap kali..tapi aku pkai hentam,bila2 masa je,direct dr botol.mmg x senonoh tp rasanya sedap manis sdikit masam dn kelat.n kesannya lebih ummph dari rasanya.Alhamdulillah since jumpa pesona aku rasa akulah org yg paling paling paling special dmata my hubby.sblum ni aku dah jd paling istimewa tp skrang lebih special .Itulah yg paling aku suka,lain2 aku rasa badan lebih sihat dn cergas especially waktu bagun pagi.Perut rasa lebih kempis.Lagi pun dalam sebotol Pesona ni ad bermacam herba dan sumber pemakanan khas untuk wanita mcm kacip fatimah, manjakani,mascotek,akar serapat,mengkudu,seraiwangi dn bla bla bal..x payah nk susah2..yg pling x susah rasanya..emmm ada madu,kurma..bestttt
Subscribe to:
Posts (Atom)